Selasa, 26 April 2011
Mukjizat Akhir zaman...
Yang dimaksudkan ialah Al-Quran,Mukjizat terbesar daripada Allah kepada insan agung,
Muhammad Saw,sebagai petunjuk baku penuh ilmu (hikmah)kepada umatnya.
Ia juga membawa risalah gembira dan peringatan.
Namun ramai manusia tidak mengetahuinya.
Al-Quran adalah pedoman bagi manusia memahami diri,persekitaran dan juga ciptaan Allah agar mereka dipandu memahami hakikat diri,ciptaan dan alam ghaib.
Ia juga mengandungi kisah kaum terdahulu dan perjuangan Rasul dan Nabi menghadapinya.
Terdapat juga prinsip syariah dan batas boleh dan larang untuk dipatuhi dan ditaati manusia. Begitu juga dengan ilmu memahami diri,diluar diri dan hubungannya dengan Pencipta dan ciptaan-Nya.
Malah,Al-Quran adalah penyuluh ilmu,cara hidup dan ibadat supaya sejarah silam menjadi peringatan dan pengajaran.
Al-Quran menjadi sumber pembentuk watak seperti Sayyidatina Aisyah ra terhadap Rasullulah saw yang memiliki budi pekerti Al-Quran.
Memahat diri dengan rasa cinta Al-Quran dipanggil Qurani.
Watak Al-Quran bak lambang tarbiyah rabbani.Al-Quran diturunkan mempunyai pertalian
dengan realiti Makkah dan Madinah.Makkah melambangkan pembangunan akidah,akhlak dan jihad.Madinah pula kepada pembangunan ukhuwah,syariah dan perlaksanaan sistemnya.
Sirah Rasullulah saw membuktikan dengan jelas bagaimana proses tanzil berjalan selama 23 tahun,membentuk watak,sahsiah dan akhlaknya.
Baginda menjadi contoh terbaik untuk diikuti,sebagai rahmat kepada seluruh alam. sifat Baginda sempurna.
Meskipun sebenarnya kita tidak dapat mencapai taraf insan kamil,kita hendaklah berazam ke arah itu dengan beriman,berilmu dan beramal soleh.
Akal yang menjadi anugerah besar kepada manusia yang terpandu dengan pedoman dan petunjuk daripada Allah,membolehkan status kehambaan teguh.
Sebahagian besar daripada kita hari ini hanya membaca Al-Quran bertujuan mendapatkan fadilat.Tradisi khatam dan hafalan masih belum ke tahap mengkaji apakah rahmat dan hikmah di sebalik perkhabaran wahyu itu.
Inti sarinya hebat. Ia memerlukan kecenderungan dan kegigihan mengkaji yang tersirat agar bermanfaat bagi manusia.
Rasullulah saw menerima perkhabaran dari langit sebagai amanah besar dan sentiasa menghubungkannya dengan realiti khususnya dalam konteks kehidupan manusia.
Al-Quran merujuk langsung kepada apa yang berlaku di bumi,mengaitkan sejarah silam manusia seperti nabi dan rasul dengan misi sama- menyeru manusia kepada risalah tauhid.
Risalah dakwah dan tarbiyah adalah amanah asas yang perlu diamalkan sepanjang zaman bagi menimbulkan kesedaran dan keinsafan,menyakini akan keesaan dan keagungan Allah swt.
Jumaat, 1 April 2011
nampak nyee kene laa nek basikal....
berkuatkuasa tengah malam ini. kate Timbalan Presiden Persatuan Penjual
Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti,
berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan
petrol RON 95 dan bahan api lain.
( ron 95 bknnye elok pon..mudah terbakar...
tue laa yg di gunakan oleh rakyat2 yg kurang berkemampuan..
bnyk laa berlaku kemalangan yg mengakibat kan kereta mudah terbakar... )
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak
mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105
minggu lalu."Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat,"
katanya ketika dihubungi di sini.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat
berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA
nnti hujung thn naik lagi...
lame2 ramai yg pakai basikal....
nie lah kehidupan..nk tak nak kne laa harungi jua..
Sabtu, 26 Mac 2011
kELebiHan AyAt KurSi.......
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda,
Rabu, 23 Mac 2011
tanda kiamat kecil...renung2 kan lah
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”-Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Jumaat, 11 Mac 2011
Renungkan Tanda2 Kiamat Yang Telah terjadi di dunia,.....
1. | Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly |
2. | Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding. |
3. | Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba' |
4. | Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi. |
5. | Cukai ditinggikan. |
6. | Banyak berlaku homoseks dan lesbian. |
7. | Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain. |
8. | Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga. |
9. | Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam. |
10. | Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam. |
11. | Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi. |
12. | Banyak berlaku gempa bumi. |
13. | Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi. |
14. | Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain. |
15. | Banyak berlaku rasuah. |
16. | Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam. |
17. | Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. |
18. | Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya ) |
19. | Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia) |
20. | Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja. |
Ahad, 27 Februari 2011
Penting buat bakal2 pengantin....
Khamis, 17 Februari 2011
BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.
Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat