Pengikut

Selasa, 26 April 2011

Mukjizat Akhir zaman...

Tahukah umat Islam,setiap kita memiliki mukjizat sehingga akhir zaman?
Yang dimaksudkan ialah Al-Quran,Mukjizat terbesar daripada Allah kepada insan agung,
Muhammad Saw,sebagai petunjuk baku penuh ilmu (hikmah)kepada umatnya.

Ia juga membawa risalah gembira dan peringatan.
Namun ramai manusia tidak mengetahuinya.
Al-Quran adalah pedoman bagi manusia memahami diri,persekitaran dan juga ciptaan Allah agar mereka dipandu memahami hakikat diri,ciptaan dan alam ghaib.
Ia juga mengandungi kisah kaum terdahulu dan perjuangan Rasul dan Nabi menghadapinya.

Terdapat juga prinsip syariah dan batas boleh dan larang untuk dipatuhi dan ditaati manusia. Begitu juga dengan ilmu memahami diri,diluar diri dan hubungannya dengan Pencipta dan ciptaan-Nya.
Malah,Al-Quran adalah penyuluh ilmu,cara hidup dan ibadat supaya sejarah silam menjadi peringatan dan pengajaran.
Al-Quran menjadi sumber pembentuk watak seperti Sayyidatina Aisyah ra terhadap Rasullulah saw yang memiliki budi pekerti Al-Quran.
Memahat diri dengan rasa cinta Al-Quran dipanggil Qurani.
Watak Al-Quran bak lambang tarbiyah rabbani.Al-Quran diturunkan mempunyai pertalian
dengan realiti Makkah dan Madinah.Makkah melambangkan pembangunan akidah,akhlak dan jihad.Madinah pula kepada pembangunan ukhuwah,syariah dan perlaksanaan sistemnya.

Sirah Rasullulah saw membuktikan dengan jelas bagaimana proses tanzil berjalan selama 23 tahun,membentuk watak,sahsiah dan akhlaknya.
Baginda menjadi contoh terbaik untuk diikuti,sebagai rahmat kepada seluruh alam. sifat Baginda sempurna.

Meskipun sebenarnya kita tidak dapat mencapai taraf insan kamil,kita hendaklah berazam ke arah itu dengan beriman,berilmu dan beramal soleh.
Akal yang menjadi anugerah besar kepada manusia yang terpandu dengan pedoman dan petunjuk daripada Allah,membolehkan status kehambaan teguh.
Sebahagian besar daripada kita hari ini hanya membaca Al-Quran bertujuan mendapatkan fadilat.Tradisi khatam dan hafalan masih belum ke tahap mengkaji apakah rahmat dan hikmah di sebalik perkhabaran wahyu itu.
Inti sarinya hebat. Ia memerlukan kecenderungan dan kegigihan mengkaji yang tersirat agar bermanfaat bagi manusia.
Rasullulah saw menerima perkhabaran dari langit sebagai amanah besar dan sentiasa menghubungkannya dengan realiti khususnya dalam konteks kehidupan manusia.
Al-Quran merujuk langsung kepada apa yang berlaku di bumi,mengaitkan sejarah silam manusia seperti nabi dan rasul dengan misi sama- menyeru manusia kepada risalah tauhid.

Risalah dakwah dan tarbiyah adalah amanah asas yang perlu diamalkan sepanjang zaman bagi menimbulkan kesedaran dan keinsafan,menyakini akan keesaan dan keagungan Allah swt.

Jumaat, 1 April 2011

nampak nyee kene laa nek basikal....

kenyataan bahawa Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter
berkuatkuasa tengah malam ini. kate Timbalan Presiden Persatuan Penjual
Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti,
berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan
petrol RON 95 dan bahan api lain.
( ron 95 bknnye elok pon..mudah terbakar...
tue laa yg di gunakan oleh rakyat2 yg kurang berkemampuan..
bnyk laa berlaku kemalangan yg mengakibat kan kereta mudah terbakar... )

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak
mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105
minggu lalu."Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat,"
katanya ketika dihubungi di sini.

Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat
berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA

nnti hujung thn naik lagi...
lame2 ramai yg pakai basikal....
nie lah kehidupan..nk tak nak kne laa harungi jua..